Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (OSH Week)

Pengenalan

Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah satu acara tahunan yang disambut setiap tahun pada minggu kedua bulan Julai. Sambutan ini dijalankan susulan daripada kelulusan dan arahan Kabinet pada 24 Mei 2006. Bagi tujuan menjayakan Majlis Pelancaran Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kebangsaan, pihak Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) telah bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) bagi menjalankan pelbagai aktiviti / program yang sesuai untuk pengisian majlis sambutan tersebut. Penganjuran Majlis Pelancaran ini merupakan satu usaha berterusan yang dijalankan untuk meningkatkan kesedaran dan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Tema Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (OSH WEEK)

Print