Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2013
  • Hilang pendengaran sebelum tua
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2013
  • Hilang pendengaran sebelum tua

Hilang pendengaran sebelum tua

Utusan Online, 10 Mac 2013

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

SEDARKAH anda, kala bersembang dengan rakan di restoran, masing-masing seperti menjerit kerana tidak mendengar atau menangkap butir perbualan. Suasana ini dilihat biasa berlaku dan ada yang merasakan ia normal dek kerana bunyi bising di sekeliling sedangkan ia menambah tahap desibel yang didengari ke tahap memberi kesan kepada pendengaran.

Bagi tahap bunyi perbualan biasa ialah sebanyak 70 desibel, suara yang dinaikkan ialah 76 hingga 82 desibel manakala jeritan sebanyak 88 desibel. Belum masuk lagi bunyi televisyen yang dipasang sentiasa, jumlah keseluruhan di dalam restoran ketika waktu makan tengah hari sudah melebihi tahap selamat kepada telinga.

Kajian mnunjukkan tahap pendedahan pendengaran yang selamat ialah sebanyak 85 desibel sahaja untuk tempoh lapan jam dalam sehari.

Malah, tahukah anda bila masing-masing sukar mendengar perbualan, ia juga mungkin tanda-tanda awal masalah pendengaran yang boleh menjadi kecacatan deria kekal, iaitu pekak.

Gaya hidup kita terutamanya di bandar yang sering terdedah kepada bunyi bising tidak kira di tempat kerja seperti di kilang mahupun di luar iaitu bunyi motor berkuasa tinggi, pusat hiburan dan mendengar muzik dengan kuat boleh menyebabkan kecacatan deria telinga.

Jika dahulu, kebanyakan orang pekak kerana kecacatan dari kecil dan warga emas yang kualiti pendengarannya semakin berkurangan akibat proses penuaan. Kini orang muda juga mengalami masalah tersebut.

Pakar Perunding Telinga, Hidung, Tekak dan Surgeri Kepala dan Leher, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Samril Bokari berkata, masalah hilang pendengaran begitu digelar hilang pendengaran akibat kebisingan (noise-induced hearing loss - NIHL) dan semakin ramai orang muda berdepan dengan masalah tersebut.

NIHL berlaku apabila struktur sensitif di dalam telinga iaitu sel rambut, sel deria kecil yang menukar bunyi kepada signal ke otak rosak akibat pendedahan bunyi bising yang lama dan jika ia rosak, sel rambut itu tidak dapat tumbuh kembali.

?Mereka yang terdedah dengan bunyi bising dalam tempoh yang lama akan berdepan dengan masalah NIHL.

?Contoh yang paling biasa dilihat ialah penggunaan fon kepala dengan bunyi kuat secara berterusan terutamanya ketika bekerja menggunakan komputer di pejabat.

?Selain itu, pekerja kilang dan di lapangan terbang yang tidak menggunakan alat pelindungan telinga juga berisiko mengalami hilang pendengaran.

?Bunyi yang kuat itu akan merosakkan saraf di bahagian telinga dan jika tidak mengambil apa-apa tindakan, ia akan makin teruk lalu alat bantuan pendengaran perlu digunakan," ujarnya.

Simptom

Terang Dr. Samril, sesiapa sahaja tidak kira usia dan jantina termasuk kanak-kanak dan remaja boleh berdepan dengan masalah hilang pendengaran akibat kebisingan berterusan.

Simptom utama ialah kualiti pendengaran semakin berkurangan. Bunyi yang didengari semakin lama semakin terganggu, tidak jelas atau meredam membuatkan pesakit susah memahami percakapan seseorang.

Sesetengah daripada mereka yang menghidapi NIHL mungkin tidak perasan pun mereka semakin hilang pendengaran dan ia dapat dikesan melalui ujian pendengaran.

?Selain itu, mereka juga sering mendengar bunyi berdengung di telinga (tinnitus), bunyi yang bukan berasal dari luar telinga.

?Malah, ada sesetengah frekuensi membuatkan mereka berasa tidak selesa," ujarnya.

Punca

Pelbagai aktiviti harian yang dianggap tidak merbahaya kepada kesihatan tetapi sebenarnya memberikan kesan kepada deria yang penting.

Antaranya ialah mendengar muzik menerusi fon telinga secara kuat, menghadiri konsert rock, memesin rumput, menggunakan gergaji elektrik dan memandu kereta di lebuh raya sambil membuka tingkap kereta.

Kesemua aktiviti tersebut berisiko tinggi menyebabkan NIHL bergantung kepada tahap desibel dan berapa lama bunyi yang didengari .

Apa saja bunyi yang melebihi 85 desibel boleh merosakkan telinga dan mendengar lagu menerusi fon telinga boleh melebihi 100 desibel.

Namun, jangan fokus kepada satu kesalahan pendengaran sahaja. Contohnya, dalam sehari, pada siangnya anda mungkin mendengar fon kepala sepanjang waktu bekerja dan apabila pulang ke rumah, anda menonton bola di televisyen dengan menguatkan bunyinya.

Apabila dicampur-campur semua aktiviti seharian, pendedahan terhadap bunyi bising akan melebihi tahap yang sepatutnya lalu lama-kelamaan pendengaran semakin berkurangan lalu hilang.

Rawatan dan pencegahan

Pencegahan merupakan satu-satunya cara memberi perlindungan kepada telinga kita daripada NIHL kerana kita tidak tahu tahap sensitif telinga kita sehingga ia benar-benar rosak.

Perlahankan muzik yang didengari dan sama ada di tempat kerja, rumah mahupun kereta.

Kurangkan pendedahan terhadap aktiviti-aktiviti yang bising. Rehatkan telinga anda sementara bagi memulihkan ia.

Setiap tempat kerja yang berdepan dengan bunyi yang kuat seperti kilang selalunya mempunyai langkah keselamatan dengan menyediakan alat perlindungan telinga.

Patuhi langkah-langkah tersebut kerana bunyi yang kuat dan berterusan amat memudaratkan kepada telinga dan jika ia tidak disediakan, dapatkan alat perlindungan telinga di kedai.

Jika anda terdedah kepada bunyi kuat yang melampau seperti tembakan, mercun atau pertunjukan bunga api, rehat di tempat yang sunyi selama 24 jam. Jika pendengaran tidak pulih dan berdengung selepas tempoh tersebut, bertemu dengan doktor.

Ujar Dr. Samril, selepas pemeriksaan ?pure tone audiogram? yang dijalankan pakar audiologi, doktor akan menentukan tahap pendengaran dan jika ia tidak boleh dirawat, pesakit perlu menggunakan alat bantuan pendengaran.

Jika sekadar mendengar bunyi berdengung berterusan, pesakit akan diberi masker tinnitus atau ?tinni tool? bagi menghilangkan bunyi tersebut.

Print Email