Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2014
  • Latihan kecemasan di stesen MRT Cochrane
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2014
  • Latihan kecemasan di stesen MRT Cochrane

Latihan kecemasan di stesen MRT Cochrane

Utusan Online, 22 Mac 2014

news 22032014 uo
BEBERAPA petugas membantu pekerja yang cedera dalam latihan kecemasan di stesen MRT Cochrane, Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/NOORADZRENE MOHD. NOOR

KUALA LUMPUR 21 Mac - MMC-Gamuda Mass Rapid Transit Lembah Klang (KVMRT) bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan di tapak projek berkenaan termasuk kemalangan yang melibatkan para pekerjanya.

Pengurus Kanan Pembinaan MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn. Bhd. (MGKT), Ng Hau Wei berkata, buat pertama kali pihaknya mengadakan latihan kecemasan yang disertai 50 kakitangan MGKT termasuk sukarelawan St. John Ambulans Malaysia (SJAM) di stesen bawah tanah MRT Cochrane.

Jelasnya, latihan tersebut menguji ketepatan masa dan persediaan untuk kecemasan sebenar yang boleh mencetuskan kecederaan serius dan kematian di tapak pembinaan stesen bawah tanah MRT.

“Latihan ini bagi mendedahkan situasi sebenar kecemasan untuk menguji keupayaan dan kesediaan dan tindak balas pasukan kecemasan dan pekerja jika berlaku kemalangan di tapak projek.

“Latihan tersebut berjalan lancar dan mengikut masa yang telah ditetapkan," katanya selepas tamat latihan berkenaan di stesen bawah tanah MRT Cochrane dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, Pemerintah Agung SJAM, Datuk Dr. Low Tick.

Menurut Hau Wei, ketika latihan tersebut dijalankan, pasukan penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian bagi usaha menyelamat termasuk operasi pembersihan.

Ujarnya, ‘mangsa-mangsa’ pula ditempatkan di zon selamat dengan bantuan MGKT serta SJAM sebelum dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

“MGKT juga berharap dapat menganjurkan latihan tersebut pada masa akan datang bagi memastikan ahli pasukan lebih bersedia dan terlatih sekiranya berlaku kecemasan di tapak pembinaan," jelasnya.

Print Email