Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2016
  • Tapak pembinaan langgar peraturan CIDB diarah tutup - Berita Harian Online
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2016
  • Tapak pembinaan langgar peraturan CIDB diarah tutup - Berita Harian Online

Tapak pembinaan langgar peraturan CIDB diarah tutup - Berita Harian Online

Berita Harian Online, 26 April 2016

news bho 270416
ANGGOTA Imigresen menahan pekerja binaan warga asing dalam operasi bersepadu CIDB Wilayah Selatan di sebuah tapak pembinaan pangsapuri di Nusajaya, hari ini. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

ISKANDAR PUTERI: Sebuah tapak pembinaan pangsapuri dekat sini, diarah tutup dan menghentikan operasi serta merta selepas dikesan melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu Lembaga Pembangunan Pembinaan Malaysia (CIDB) Wilayah Selatan, hari ini.

Pengarahnya, Othman Safar, berkata tindakan itu dibuat sehingga syarikat berkenaan mematuhi semua syarat ditetapkan.

Katanya, pihaknya sudah menjalankan risikan dan pemantauan selama seminggu di tapak pembinaan itu dan syarikat pembinaan itu dipercayai tidak mematuhi syarat ditetapkan agensi berkaitan termasuk syarikat kontraktor tidak berdaftar, selain bahan binaan tidak diperakukan CIDB.

"Hasil serbuan, daripada 90 pekerja binaan warga asing yang diperiksa, seramai 88 dikesan tidak memiliki kad perakuan pekerja binaan atau Kad Hijau CIDB, " katanya pada sidang media selepas operasi hari ini.

Operasi bersepadu pada jam 11 pagi itu diketuai wakil CIDB dan turut disertai beberapa agensi lain termasuk Jabatan Imigresen Johor, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Kesihatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar dan SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ).

 

Print Email