Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2016
  • Maut dihempap jengkaut - Sinar Harian Online
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2016
  • Maut dihempap jengkaut - Sinar Harian Online

Maut dihempap jengkaut - Sinar Harian Online

Sinar Harian Online, 23 Ogos 2016

 

SELAYANG - Seorang warga Bangladesh berusia 30-an maut dihempap jengkaut ketika sedang membuat kerja pembaikan enjin di sebuah bengkel baik pulih jentera berat di Jalan Sungai Tua, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, jengkaut yang dikawal seorang pekerja mengalami kerosakan apabila hos minyak hidrauliknya pecah menyebabkan bakul jentera itu jatuh menimpa mangsa.

Komandan Operasi dari Balai Bomba Selayang, Mohd Kasirin Ibrahim berkata, ketika anggota bomba tiba, mangsa disahkan meninggal dunia akibat tersepit dan kecederaan parah di bahagian bahu hingga dada.

Menurutnya, kerosakan pada hos hidraulik itu dibaiki segera bagi membolehkan mayat mangsa dikeluarkan.

“Seorang pekerja sedang mengalihkan enjin kenderaan guna jentera itu, sementara mangsa pula berada berhampiran untuk betulkan enjin lain sebelum bakulnya jatuh.

“Difahamkan mangsa bekerja di Malaysia lebih 10 tahun. Insiden tidak melibatkan kecederaan kepada pekerja lain,” katanya.

Print Email