Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2017
  • Dua maut dihempap kren - Harian Metro Online
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2017
  • Dua maut dihempap kren - Harian Metro Online

Dua maut dihempap kren - Harian Metro Online

Harian Metro Online, 09 Oktober 2017

 

  news hmo 091017

DUA lelaki dipercayai pekerja di tapak projek pembinaan Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang, Kota Tinggi, Johor, maut dihempap kren, manakala seorang lagi cedera dalam kejadian di tapak projek itu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, kejadian berlaku pada 3.45 petang, namun punca kejadian masih dalam siasatan.

“Seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun dan berasal dari Selangor maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi warga Pakistan berusia 22 tahun maut ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Seorang lagi warga Pakistan berusia 24 tahun pula dilaporkan cedera, namun keadaannya stabil,” katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor, Ir Saiful Azhar Mohd Said ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun pihaknya masih menunggu maklumat lengkap hasil siasatan pihak JKKP berhubung insiden berkenaan.

“Kejadian membabitkan sebuah ‘Mounted Truck Crane MTV’ dan ‘Overhead Travelling Crane (OTC)’.

“Dimaklumkan bahawa dua orang meninggal dunia dan seorang lagi masih di hospital.

“Kejadian masih dalam siasatan pihak JKKP,” katanya.

Video berdurasi 41 saat mengenai insiden itu dimuat naik menerusi Facebook (FB) Suara Anak Pengerang sebelum turut dikongsi di FB Orang Kota Tinggi dipercayai dirakam pekerja dalam tapak projek itu sejurus kejadian itu berlaku.

Berdasarkan maklumat dikongsi menerusi video itu, mangsa yang terbabit berada dalam sebuah lori sebelum dihempap kren berkenaan.

 

Print Email