Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2017
  • BH Terima Anugerah Media MNKKP - Berita Harian Online
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2017
  • BH Terima Anugerah Media MNKKP - Berita Harian Online

BH Terima Anugerah Media MNKKP - Berita Harian Online

Berita Harian Online, 17 November 2017

  

 

 

KUALA LUMPUR : BH dipilih menerima Anugerah Media pada Malam Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (MNKKP) 2017. BH dipilih menerima anugerah itu selepas menunjukkan komitmen yang tinggi serta prestasi cemerlang dalam pelaksanaan sistem pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di tempat kerja. Anugerah itu diterima Pengarang Eksekutif Berita, Rencana dan Digital BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman yang disampaikan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib di sini, malam ini.

Yang hadir sama pada majlis itu, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Dr Mohd Gazali Abas dan Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye. MNKKP 2017 anjuran Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di bawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, mempertaruhkan 24 kategori membabitkan seluruh sektor pekerjaan di negara ini.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Richard Riot, berkata sebanyak 41,005 kemalangan di tempat kerja dicatatkan pada 2016 dengan purata dua maut bagi setiap 1,000 pekerja. "Penurunan jumlah kemalangan berbanding tahun sebelumnya membuktikan kejayaan Pelan Strategik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2006-2010 dan Pelan Induk KKP 2011-2015 (OSHMP 15)," katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Ismail. Katanya, perkongsian pengalaman dan kepakaran dalam isu KKP dapat memantapkan lagi pengetahuan dalam usaha mencegah sekali gus mengurangkan kemalangan.

Print Email