Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2019
  • 146 notis dikeluarkan JKKP terhadap 22 Tapak Binaan - Berita Harian Online
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2019
  • 146 notis dikeluarkan JKKP terhadap 22 Tapak Binaan - Berita Harian Online

146 notis dikeluarkan JKKP terhadap 22 Tapak Binaan - Berita Harian Online

Berita Harian  Online, 02 April 2019

 

 

news bho 020419

PEGAWAI JKKP meninjau tapak pembinaan dalam operasi Cegah Jatuh dan Runtuh di Kuala Terengganu. - Foto ihsan JKKP

 

KOTA KINABALU: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengeluarkan keseluruhan 146 notis pembaikan dan notis larangan kepada kontraktor di 22 tapak pembinaan di seluruh negeri ini.

Operasi Cegah Jatuh dan Runtuh itu yang dilancarkan bermula 3 hingga 29 Mac lalu dijalankan bagi mengesan pelbagai kesalahan yang dilakukan kontraktor pembinaan bangunan.

Pengarah JKKP Sabah, Zulkifli Yahaya, berkata menerusi operasi itu, pihaknya turut mengeluarkan lapan surat arahan memberhentikan kerja pembinaan berikutan kesalahan seperti tidak mempunyai penyelia tapak pembinaan dan tiada jawatankuasa keselamatan di pusat pembinaan.

Katanya, terdapat juga syarikat kontraktor yang dikesan gagal membekalkan alat perlindungan kepada pekerja di tapak pembinaan.

“Dalam operasi ini, JKKP juga mengeluarkan 29 kompaun atas pelbagai kesalahan lain serta merujuk dua kes kesalahan ke Mahkamah untuk pendakwaan.

“Antara kes yang dirujuk ke Mahkamah adalah kesalahan membabitkan tepi lantai binaan terbuka dan tidak memasang tali nyawa untuk kegunaan pekerja binaan,” katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Zulkifli berkata, operasi ini menumpukan kepada kerja-kerja di tempat tinggi dan konkrit bagi memastikan tahap pematuhan Akta Kilang dan Jentera 1967 serta Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Katanya, menerusi operasi ini juga, JKKP dapat melihat tahap keberkesanan langkah-langkah pencegahan diambil oleh kontraktor pembinaan di tapak pembinaan masing-masing.

“JKKP sentiasa memandang serius setiap kesalahan di tapak pembinaan dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang tidak mematuhi perundangan,” katanya.

 

 

Print Email