Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Kejadian Merbahaya Kren Menara Marina Cove

kren menara

Pada 24 Februari 2016 lebih kurang pukul 11.00 pagi satu kejadian merbahaya yang melibatkan sebuah kren menara jenis hammer head telah berlaku. Hasil penyiasatan mendapati jib kren tersebut telah terpiuh kebelakang dan menyebabkan berat pengimbang tercabut. Punca kejadian ini disebabkan oleh beban yang diangkat pada kelajuan yang tinggi dan tersangkut pada perancah.

Cadangan Langkah-Langkah Pencegahan:

  1. Menjalankan pemeriksaan ke atas peranti keselamatan seperti overload limit switch dan hoisting speed limit setiap kali sebelum diguna;
  2. Operator yang mengendali kren hendaklah mempunyai kelayakan dan berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;
  3. Menjalan pemeriksaan dari masa ke semasa untuk memastikan kren dikendali dengan selamat oleh operator;
  4. Menjalankan penilaian risiko disekitar lingkungan kren beroperasi dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk mengurangkan risiko tersebut; dan
  5. Operator kren hendaklah mengenalpasti risiko-risiko yang wujud disekitar kren ketika mengangkat atau menuruni beban.
 

 

Print Email