Pupuk budaya selamat, sihat - Utusan Online
Utusan Online, 18 Februari 2015
Lee Lam Thye
KUALA LUMPUR 17 Feb. – Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam industri pelancongan dan hospitaliti disaran memupuk budaya selamat dan sihat dengan melaksanakan konsep keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye (gambar) berkata, pengusaha hotel, makanan dan mereka yang terlibat dalam industri tersebut harus memandang serius tentang kekerapan berlakunya kadar kemalangan dan kematian yang bukan sahaja melibatkan pekerja tetapi juga pelancong serta orang awam.
“Oleh itu, dengan melaksana dan mengamalkan budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui konsep HIRARC (Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko) risiko yang wujud di tempat kerja mereka boleh diuruskan dengan lebih berkesan.
“Ini adalah tanggungjawab mereka di tempat kerja untuk mengenal pasti bahaya serta risiko yang berlaku dan seterusnya mengambil langkah-langkah awal untuk keselamatan bagi menanganinya agar tidak berlaku kemalangan atau kematian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, tangan kanan mangsa berjaya dikeluarkan pada 4.45 petang dan mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan.