Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2015
  • Pemandu lori melecur terkena asid - MyMetro
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2015
  • Pemandu lori melecur terkena asid - MyMetro

Pemandu lori melecur terkena asid - MyMetro

MyMetro, 17 Februari 2015

Kulim: Seorang pemandu lori melecur di badan, muka dan tangan selepas terkena semburan asid sulfurik ketika melakukan kerja memindahkan bahan kimia terbabit daripada lori tangkinya ke tangki simpanan kilang di Kawasan Kulim Hi-tech di sini, hari ini.

Pegawai Operasi Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Akmal Mohamad Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 3.50 petang.

Menurutnya, sebuah jentera Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dan Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-tech kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba, anggota bomba menemui lelaki berusia 58 tahun dalam keadaan melecur dan anggota EMRS kemudian segera memberi rawatan awal sebelum menghantarnya ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.“

“Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil serta tidak mengalami kecederaan serius," katanya.


news 18022015 hm
Anggota Bomba dan Penyelamat membantu mangsa

 

Print Email