Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan turut derta Mesyuarat Koordinasi Ke-24 ASEAN OSHNET dan Persidangan ASEAN OSHNET Ke-10 Di Quezon City, The Philippines.
Telah berlangsung Mesyuarat Koordinasi ASEAN-OSHNET ke-24 (24th ASEAN-OSHNET Coodinating Board Meeting) dan Persidangan ASEAN OSHNET ke-10 (10th ASEAN-OSHNET Conference) di Quezon City, The Philippines pada 13 dan 14 September 2023.
JKKP Sebagai peneraju Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) negara telah turut serta melalui wakil jabatan iaitu Tuan Ketua Pengarah Ir. Hj. Mohd Hatta bin Zakaria dan Pegawai dari Unit Antarabangsa, Bahagian Dasar Antarabangsa dan Pembangunan Penyelidikan.
Mesyuarat dan persidangan ini merupakan platform teritnggi di peringkat ASEAN bagi perkongsian kepakaran dan pengalaman negara-negara rantau ASEAN dalam membudayakan KKP di tempat kerja.
Komitmen dan kecemerlangan KKP di Malaysia sentiasa menjadi perhatian dan contoh terbaik oleh negara-negara di rantau ini. Semoga usaha dan inisiatif memartabatkan KKP ini sentiasa menjadi agenda penting negara dalam memastikan Keselamatan dan Kesihatan pekerja sentiasa terjamin.