Program Kesedaran Higien Industri 2023 telah dilaksanakan pada 23 & 24 Ogos 2023 di Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor.
Seramai 141 peserta telah hadir program pada Sesi 1: Pengurusan Risiko Ergonomik, Sesi 2 bersama Penaksir Risiko Bising telah dihadiri oleh seramai 130 peserta dan pada Sesi 3 : Pengurusan Kebisingan dan Ruang Terkurung yang berlangsung pada 24 Ogos 2023 pula telah dihadiri oleh 137 peserta.
Penganjuran program diharap dapat memperkasakan Pengurusan Kebisingan, Pengurusan Ergonomik dan Ruang Terkurung di tempat kerja selari dengan Strategi ke-4, Program 4, Aktiviti 3 Occupational Safety and Health Master Plan 2025 (OSHMP 2025) dalam Menyemarakkan Pengurusan Higien Industri.