Seranta Awam Bagi Cadangan Pindaan Kepada Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013
Kongsikan Pandangan Anda!
Para Pelanggan Yang Dihormati,
Untuk makluman anda, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sedang dalam proses seranta awam bagi Pindaan Kepada Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013.
Sehubungan itu, Jabatan memerlukan komen, pandangan atau maklum balas daripada anda sebagai pihak berkepentingan di kalangan pihak berkuasa, orang yang kompeten, pihak industri, pihak makmal, penyelidik dan ahli akademik. Kongsikan komen, pandangan atau maklum balas anda dengan mengisi borang maklum balas seperti di lampiran. Borang tersebut boleh diisi melalui pautan atau mengimbas kod QR seperti di lampiran atau boleh dihantar secara manual ke alamat email yang tertera di Notis seperti dibawah:
Status : Tutup |
Tarikh Mula : 13 Jun 2022 |
Tarikh Tamat : 15 Ogos 2022 |