Maklumbalas : Draf Manual Penaksiran Ringkas Risiko Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan (CRACKit)
Selaras dengan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 (Peraturan USECHH) terdapat keperluan bagi membangunkan satu garis panduan baru di bawah peraturan ini. Peruntukan klausa tersebut adalah bagi memberi alternatif kepada pihak majikan iaitu satu kaedah penaksiran selain daripada penaksiran sedia ada. Oleh itu, Draf Manual Penaksiran Ringkas Risiko Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan (CRACKit) ini dicadangkan bagi memberikan panduan kepada pihak majikan kaedah menjalankan penaksiran secara simple assessment. Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan amat mengalu-alukan sebarang komen atau input untuk penambahbaikan kepada Manual CRACKIt ini. Sebarang komen atau input untuk penambahbaikan hendaklah diisi di dalam borang maklum balas yang disediakan. Tarikh akhir menghantar komen anda adalah 31 Disember 2010 (Jumaat). Untuk maklumat lanjut/pertanyaan sila berhubung dengan: Borang maklum balas boleh dihantar melalui faks : 03 – 8889 2352 atau e-mel.
|
||
{phocadownload view=file|id=560}
|
||
{phocadownload view=file|id=561}
|
||
{phocadownload view=file|id=570}
|
Status :Tutup |
Tarikh Mula : 22 November 2010 |
Tarikh Tamat : 31 Disember 2010 |