Audiometry Test Centre (PUA) - Static
-
Penerangan /Tanggungjawab
-
Perundangan
-
Permohonan
Penerangan /Tanggungjawab
Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019 menyatakan tiap-tiap majikan yang telah menjalankan penaksiran risiko bising dan menunjukkan bahawa mana-mana pekerja terdedah kepada bising berlebihan melebihi had pendedahan bising yang dinyatakan dalam peraturan, majikan hendaklah menyebabkan ujian audiometrik dijalankan ke atas pekerja itu setiap tahun. Bagi maksud menjalankan ujian audiometrik, majikan hendaklah melantik pusat ujian audiometrik yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.
Tanggungjawab :
PUA hendaklah:
-
mengatur program pengujian audiometrik dengan majikan;
-
memastikan pengujian audiometrik dilakukan dalam tempoh sah pendaftaran PUA;
-
memastikan pengujian audiometrik hanya dijalankan pada pekerja yang telah berada dalam keadaan senyap sekurang-kurangnya selama 14 jam tanpa PHP;
-
memberitahu Pengarah JKKP pejabat negeri masing-masing sekurang- kurangnya dua (2) minggu sebelum menjalankan mana-mana program pengujian audiometrik;
-
menyerahkan laporan keputusan pengujian audiometrik kepada majikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh pengujian audiometrik;
-
memaklumkan Ketua Pengarah berkenaan apa-apa perubahan dengan PUA yang telah diluluskan, termasuklah:
o juruteknik audiometrik yang dilantik;
o OHD yang dilantik;
o pemilik PUA;
o perubahan lokasi PUA statik;
o kemudahan PUA statik dan bergerak;-
memastikan penyenggaraan berkala dan penentukuran tahunan fasiliti PUA;
-
menyenggara rekod pengujian audiometrik dengan baik;
-
dan menghantar ringkasan semua laporan audiometrik bagi setiap tahun kalendar kepada Ketua Pengarah JKKP tidak lewat dari 31 Januari tahun yang berikutnya
-
Cara-Cara Membuat Permohonan
Semua permohonan hendaklah dibuat di atas talian http://mykkp.dosh.gov.my/ > log Masuk ke MySKUD > Pendaftaran Pusat Ujian Audiometrik
Dokumen yang diperlukan
Senarai Dokumen Wajib- Lukisan rekabentuk dan pelan lokasi bilik senyap
- Laporan penentukuran bilik ujian audiometrik dan audiometer
- Sijil latihan dan surat pelantikan juruteknik audiometric
- Perakuan pendaftaran dan surat pelantikan Doktor Kesihatan Pekerjaan
- Prosedur Ujian audiometrik termasuk format keputusan ujian
Dokumen Sokongan Pusat Ujian Audiometrik
Proses Kelulusan
Permohonan akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja.
Sebarang Pertanyaan
Bahagian Higien Industri & Ergonomik,
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),
Aras 4, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya.
Tel : 03 – 8886 5000 / 8886 5334 Fax : 03 – 8890 1315