Kegagalan Pepasangan Perancah Di Tapak Bina
Baru-baru ini, satu kemalangan telah berlaku melibatkan kegagalan sebahagian pepasangan perancah jenis kerangka yang dipasang di kawasan tapak bina bangunan. Perancah yang dipasang di tapak bina itu untuk membolehkan kerja-kerja lepaan simen dijalankan pada bahagian-bahagian luar bangunan telah runtuh dan menyebabkan kecederaan ke atas tiga belas (13) pekerja pembinaan yang berada di atasnya.
|
||||||||||
![]() Gambar foto : Sebahagian pepasangan perancah jenis kerangka di tapak binaan bangunan |
||||||||||
Perancah tersebut telah dipasang oleh kontraktor yang ingin menjalankan kerja-kerja lepaan simen di luar bangunan. Perancah jenis kerangka telah dipasang setinggi lebih dari 30 meter daripada aras lantai tanah. Ketika para pekerja sedang membuat kerja-kerja lepaan simen, tiba-tiba perancah yang digunakan untuk mendokong pelantar kerja mereka telah runtuh. Penyiasatan JKKP mendapati bahawa perancah itu dipasang dengan tidak mengikut spesifikasi kelulusan rekabentuk dan pelan yang diluluskan oleh jurutera bertauliah. Perancah yang runtuh tersebut tidak dipasang bilangan penambat belakang yang mencukupi sepertimana yang disyaratkan oleh jurutera bertauliah dan menggunakan komponen-komponen perancah yang sudah berkarat dan usang . Pin penyambung dan kekunci lengan yang sudah usang juga masih digunakan semasa pemasangan perancah tersebut. Selain itu, perancah tersebut juga tidak dijalankan pemeriksaan berkala oleh orang yang berkebolehan (designated person).
|
||||||||||
Cadangan:
|
||||||||||
|