--> Program yang dirasmikan oleh YBrs. En. Mohd Anuar bin Embi, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah satu inisiatif untuk menyampaikan maklumat-maklumat berkaitan penguatkuasaan yang dijalankan oleh JKKP kepada industri minyak dan gas di luar pesisir.
--> Fokus utama adalah berkaitan skop penguatkuasaan AKKP dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan ke atas pelantar di luar pesisir seperti pindaan AKKP 2022, Peraturan NADAPOD 2004 dan Peraturan CIMAH 1996.
--> Program ini telah dihadiri oleh 220 peserta yang terdiri daripada PAC (Operator platform), kontraktor/syarikat penyedia perkhidmatan dan kontraktor petroleum (talian paip laut) termasuklah SRK JKKP Negeri.