Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), telah mengadakan Konvensyen Systematic Occupational Health Enhancement Level Programme - Do It Yourself (SOHELP DIY) Kebangsaan 2023 pada 17 Ogos 2023 di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam Selangor. Majis dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, YB Ts. Mustapha Sakmud.
Konvensyen ini merupakan platform bagi perkongsian maklumat dan amalan terbaik dikalangan tempat kerja yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam pelaksanaan SOHELP DIY tahun 2022 khusus bagi elemen pengurusan pendedahan bising, bahan kimia dan ergonomik. Ini dapat meningkatkan pengurusan kesihatan pekerjaan serta memberi impak yang positif dalam pencegahan penyakit pekerjaan di tempat kerja.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Pekerjaan) JKKP Malaysia, Ir. Hj. Mohd Hatta bin Zakaria, Presiden MTUC, YBhg. Tuan Hj. Mohd Effendy bin Abdul Ghani, Ketua - Ketua Jabatan di bawah KSM, Ahli Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Pengarah - Pengarah Bahagian dan Pejabat Negeri JKKP.
Terdapat empat belas (14) syarikat telah dianugerahkan sebagai Pemenang Tempat Kerja SOHELP DIY Terbaik Mengikut Kategori dan tiga (3) syarikat telah dianugerahkan sebagai Pemenang Tempat Kerja Elemen SOHELP DIY Terbaik bagi Pengurusan Pendedahan Bising, Bahan Kimia dan Ergonomik.