27 & 28 Februari 2023
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA PELAN INDUK KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA 2021-2-25 (OSHMP25) SUKU KE-4 TAHUN 2022
YBrs. Encik Mohd Anuar bin Embi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa OSHMP25 Suku ke-4 Tahun 2022 di Dewan Serbaguna KSM, Putrajaya.
Mesyuarat yang dihadiri barisan Jawatankuasa Pelakasan, Pengerusi, Ketua Program serta Urusetia-urusetia OSHMP25 itu membincangkan secara menyeluruh 3 perkara utama merangkumi;
i. Pelaporan pencapaian prestasi setakat sukuan ke-4 tahun 2022
ii. Pelaporan prestasi perbelanjaan pembangunan OSHMP25 setakat sukuan ke-4 tahun 2022; dan
iii. Perancangan tahun 2023.