- Soalan Lazim
Kilang dan Jentera
Jentera berperakuan kelayakan termasuk dandang stim, pengandung tekanan tak berapi dan mesin angkat seperti lif penumpang, lif barang, tangga bergerak dan kren.
Proses pendaftaran kilang dan jentera akan mengambil masa 20 hari daripada tarikh penyerahan borang dan dokumen berkaitan yang lengkap kepada pejabat JKKP.
Selepas semua dokumen disemak oleh pegawai JKKP, satu pemeriksaan awalan ke atas premis dan jentera akan dilakukan. Seterusnya ujian yang berkaitan akan dilakukan ke atas jentera berperakuan kelayakan terlibat.