Seminar Promosi Kesihatan Di Tempat Kerja Dan Bengkel Pengurusan Berat Badan Bagi Pegawai-Pegawai Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia Bagi Tahun 2013
Program Promosi Kesihatan di Tempat Kerja merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan di tempat kerja yang menyokong kesihatan dan kesejahteraan pekerja. Ia merupakan satu program yang mengalakkan dan menyemai sikap menjadikan sesuatu tempat kerja itu selamat dan sihat dari segi fizikal dan mental. Kajian menunjukkan bahawa tempat kerja yang selamat dan sihat akan membantu sesuatu organisasi sama ada kerajaan atau pihak swasta dalam mengekalkan daya saing, menggalakkan produktiviti pekerja, mengurangkan bilangan kes kecederaan dan penyakit pekerjaan, memupuk kreativiti, dan meningkatkan kualiti dan perkhidmatan pelanggan.
Promosi kesihatan ini amat penting kerana pekerja adalah aset jabatan manakala kesihatan adalah sebagai aset peribadi pekerja. Melalui program ini pekerja akan lebih menghargai kesihatan sebagai aset paling bernilai. Budaya menghargai kesihatan ini akan mempengaruhi pekerja sebagai Individu dan seterusnya keluarga mereka.
Secara kesimpulannya, menjadikan sesuatu tempat kerja yang sihat adalah satu pelaburan yang besar untuk masa depan sesuatu organisasi dan juga pekerja itu sendiri.
Bahagian Kesihatan Pekerjaan
a. Dr. Rajinderjit Singh Hullon (T): 03-88861272 / (E):This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
b. Sister Latchimy Muniandy (T): 03-88865373 / (E):This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
c. Dr. Ahmad Fitri bin Abdullah Hair (T): 03-88711272 / (E): This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.