Panduan Bagi Mendapatkan Kelulusan Rekabentuk dan Pemasangan Lif, Eskalator dan Laluan Gerak(di bawah Peraturan-peraturan Lif Letrik (Penumpang dan Barang-barang) Kilang dan Jentera, 1970)
Pengenalan
Pemasangan Lif Letrik Penumpang,Eskalator dan Laluan Gerak hendaklah mendapat kelulusan rekabentuk jentera dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Keselamatan Industri, Ibupejabat.
Peraturan-Peraturan Yang Diperuntukkan
Syarikat pemasang lif dikehendaki mendapat kelulusan dari Jabatan ini bagi setiap pemasangan lif seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Kilang dan Jentera, 1967, di bawah Peraturan-peraturan Lif Letrik (Penumpang dan Barang-barang) Kilang dan Jentera, 1970.
Tujuan
Risalah ini dikeluarkan bagi menunjuk arah kepada pemohon untuk mengetahui tatacara kelulusan pemasangan lif dikeluarkan supaya pemasangan lif tersebut adalah selamat kepada pengguna. Jabatan ini memastikan supaya rekabentuk dan pemasangan lif ini mematuhi kehendak-kehendak Peraturan-peraturan Lif Letrik (Penumpang dan Barang-barang) Kilang dan Jentera, 1970.