Dasar Kualiti
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan komited dalam memastikan serta mempertingkatkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja dengan menguatkuasakan undang-undang yang telah ditetapkan melalui pelaksanaan sistem pengurusan kualiti.
Pihak Pengurusan JKKP akan memastikan:
- Kualiti memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
- Kualiti dikawal dan dipertingkatkan pada setiap peringkat pengurusan organisasi.
- Semua keperluan kualiti dipatuhi.
- Intergriti sistem pengurusan kualiti dipelihara apabila peningkatan berterusan sedang dijalankan.
- Keberkesanan pengurusan sistem kualiti dikenal pasti.
- Objektif kualiti sentiasa disemak dan dinilai semula.
- Kualiti difahami dan disampaikan kepada setiap kakitangan dan menjadi teras amalan budaya JKKP.
Polisi Kualiti ini akan dimaklumkan kepada kakitangan melalui media yang sesuai.