Dasar Kualiti, Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
Adalah menjadi dasar Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) untuk secara berterusan mempertingkatkan kualiti produk, perkhidmatan serta prestasi keselamatan dan kesihatan warga JKKP di samping mereka yang berkaitan.
Pihak pengurusan dan warganya JKKP akan sama-sama berusaha untuk mencegah sebarang potensi ketidakakuran produk dan perkhidmatannya serta sebarang kemungkinan kecederaan dan penyakit dari insiden yang berlaku di tempat kerja.
Jabatan ini komited untuk: -
-
Menyediakan dan menyelenggara suatu tempat dan sistem kerja yang berkualiti, selamat serta sihat dari sebarang hazad dan risiko;
-
Memastikan bahawa semua warga JKKP adalah diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;
-
Menyiasat semua ketidakakuran produk dan perkhidmatannya, insiden, penyakit pekerjaan, keracunan pekerjaan dan kejadian berbahaya serta mengambil langkah-langkah untuk memastikan ianya tersebut tidak berulang lagi;
-
Mengenalpasti, mematuhi kehendak-kehendak pelanggan, perundangan dan lain-lain keperluan seperti ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan tataamalan industri yang diluluskan;
-
Mempromosikan dan mencapai Objektif Kualiti, Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Prosedur Kerja, Peraturan dan Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di kalangan warga JKKP di seluruh negara.
Untuk memastikan pelaksanaan dasar ini, sistem Pengurusan Kualiti, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan diwujudkan, dilaksanakan dan diselenggarakan di Jabatan ini.
Dasar Anti Rasuah JKKP
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) komited dalam melaksanakan semua polisi dan prosedur bagi mencegah, memantau dan menghapuskan sebarang bentuk rasuah kepada semua kakitangan dan pihak berkepentingan ke arah pencapaian perkhidmatan yang cekap dan berintegriti.
JKKP tidak akan bertoleransi terhadap semua bentuk rasuah dan komited untuk:-
- Memerangi rasuah dan mengekalkan persekitaran kerja bebas rasuah bagi semua kakitangan dan pihak berkepentingan;
- Memenuhi keperluan perlaksanaan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) MS ISO 37001:2016;
- Menegakkan dan mematuhi undang-undang anti rasuah yang berkaitan seperti Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009, Kanun Keseksaan, dan lain-lain peraturan dan arahan yang berkaitan;
- Menyediakan program untuk menetapkan, menyemak dan mengukur pencapaian objektif ABMS;
- Menyediakan saluran bagi menggalakkan pelaporan berkenaan Kelakuan Tidak Wajar (KTW) dan melindungi identiti pemberi maklumat;
- Menggalakkan supaya sebarang pemberian, permintaan, dan penerimaan, rasuah kepada/daripada kakitangan JKKP oleh mana-mana orang dilaporkan kepada Unit Yang Bertanggungjawab;
- Memastikan penilaian semula dan penambahbaikan ABMS dilaksanakan secara berterusan;
- Unit Yang Bertanggungjawab diberikan kepercayaan penuh dalam urus tadbir berkenaan KTW dan siasatan terhadap aduan yang diterima; dan
- Mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas mana-mana kakitangan JKKP yang terlibat dengan perlakuan rasuah, salahguna kuasa atau penyelewengan, berlandaskan undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasa.