Breadcumb Caption
  • MENGENAI JKKP
  • Piagam Pelanggan
Breadcumb Caption
  • MENGENAI JKKP
  • Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan JKKP

Kami komited untuk melaksanakan tiga (3) fungsi utama Jabatan iaitu Penyediaan Standard, Penguatkuasaan, Promosi dan Khidmat Nasihat Kepakaran dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) dengan adil, tegas dan mesra (3F) melalui janji-janji yang berikut :

  • Ibu Pejabat

  • JKKP Negeri

No.
Piagam Pelanggan
Tempoh
1
Memproses permohonan kelulusan rekabentuk jentera berperakuan kelayakan bagi setiap permohonan yang lengkap:  
i. Dandang stim dalam tempoh 25 hari bekerja 25 hari
ii. Bejana tekanan tidak berapi dalam tempoh 15 hari bekerja 15 hari
2
Memproses permohonan pendaftaran sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan bagi setiap permohonan yang lengkap dalam tempoh 30 hari bekerja 30 hari
3
Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan lanjutan tempoh sahlaku sijil perakuan kelayakan pengandung tekanan tak berapi / dandang stim dalam tempoh 45 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap 45 hari
4
Memproses dan meluluskan permohonan kebenaran memasang dan mengendalikan simpanan pukal dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap 10 hari
5
Memproses kelulusan permohonan kebenaran memasang talian paip dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap 10 hari
6
Memproses kelulusan permohonan kebenaran mengendalikan talian paip dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap 7 hari
7
Memproses permohonan baru dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima bagi kompetensi higien industri berikut:-  
i. Doktor Kesihatan Pekerjaan.
ii. Pengapit Penaksiran Risiko Kesihatan Bahan Kimia (CHRA).
iii. Penaksir Kualiti Udara Dalaman (IAQ).
iv. Juruteknik Higien I (Pemonitoran Bahan Kimia).
v. Juruteknik Higien II (Pengujian Sistem Pengalihudaraan Setempat).
vi. Orang Yang Kompeten Pendedahan Bising
14 hari
8
Memproses permohonan baru dalam tempoh 30 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima bagi kompetensi higien industri berikut:-  
i. Penguji Gas Bertauliah (AGT) dan Penyelia Kemasukan Ruang Terkurung (ES)
30 hari
9
Memproses permohonan pembaharuandalam tempoh 30 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima bagi kompetensi higien industri berikut:-  
i. Doktor Kesihatan Pekerjaan.
ii. Pengapit Penaksiran Risiko Kesihatan Bahan Kimia (CHRA).
iii. Penaksir Kualiti Udara Dalaman (IAQ).
iv. Juruteknik Higien I (Pemonitoran Bahan Kimia).
v. Juruteknik Higien II (Pengujian Sistem Pengalihudaraan Setempat).
vi. Orang Yang Kompeten Pendedahan Bising
30 hari
10
Memproses permohonan pembaharuan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima bagi kompetensi higien industri berikut:-
i.  Penguji Gas Bertauliah (AGT) dan Penyelia Kemasukan Ruang Terkurung (ES)
14 hari
11
Memberi maklumbalas kepada setiap aduan pelanggan terhadap jabatan dalam tempoh 2  hari waktu bekerja 2 hari
12
Memberikan maklumbalas bagi setiap permohonan memberikan ceramah dan mengadakan pameran yang lengkap berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam tempoh 6 hari waktu bekerja 6 hari
13
Memulakan siasatan kejuruteraan forensik selepas menerima pemberitahuan kemalangan/kejadian dalam tempoh 36 jam 36 jam
14
Menyediakan dan mengeluarkan resit rasmi bagi setiap transaksi pembayaran di kaunter dalam tempoh 8 minit 8 minit
No.
Piagam Pelanggan
Tempoh
1
Memproses permohonan yang lengkap untuk membaik pulih jentera berperakuan kelayakan dalam tempoh 7 hari bekerja 7 hari
2
Memproses permohonan dan memaklumkan keputusan temuduga kebolehan drebar injin bagi permohonan yang lengkap dalam tempoh 30 hari bekerja 30 hari
3
Memproses permohonan yang lengkap untuk perakuan sebagai pengendali perancah dalam tempoh 7 hari bekerja 7 hari
4
Memproses permohonan yang lengkap untuk kebenaran memasang (PTI) bagi kilang dan pepasangan dalam tempoh 7 hari bekerja 7 hari
5
Memproses permohonan untuk mendaftarkan kilang baru dan pepasangan selepas lengkap diterima dalam tempoh 25 hari bekerja 25 hari
6
Memproses permohonan untuk mendaftarkan jentera berperakuan kelayakan selepas lengkap diterima dalam tempoh 25 hari bekerja 25 hari
7
Menjalankan siasatan :  
i. Aduan dalam tempoh 3 hari bekerja 3 hari
ii.Kemalangan maut dalam tempoh 24 jam  24 jam
8
Memproses permohonan yang lengkap untuk mendaftarkan Kendalian Bangunan atau Kerja Bina Kejuruteraan dalam tempoh 14 hari bekerja 14 hari
9
Memproses permohonan yang lengkap untuk mengeluarkan sijil operator kren :  
i. Pendaftaran baru dalam tempoh 7 hari bekerja 7 hari
ii.Pembaharuan dalam tempoh 14 hari bekerja 14 hari
10
Memproses permohonan pendaftaran/ pembaharuan sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina bagi setiap permohonan yang lengkap dalam tempoh 30 hari bekerja 30 hari

Cetak Emel