Rekabentuk Dandang Stim
- Pengenalan
- Syarat-syarat Permohonan
- Permohonan
- Pertanyaan
- Pengenalan Dandang Stim dan Bejana Tekanan Berapi
Setiap dandang stim dan bejana tekanan berapi yang dipasang dan digunakan di negara ini hendaklah memiliki sijil perakuan kelayakan (CF) yang sah. Untuk tujuan tersebut, dandang stim dan bejana tekanan berapi hendaklah terlebih dahulu memperolehi kelulusan rekabentuk daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Ibu Pejabat sebelum dibina, dipasang atau digunakan.
Takrif “dandang stim” dan “bejana tekanan berapi” di bawah Akta 139, Akta Kilang dan Jentera, 1967, Seksyen 3:
"“dandang stim” " ertinya apa-apa bejana tertutup yang bagi apa-apa maksud stim dijanakan di bawah tekanan yang lebih tinggi daripada tekanan atmosfera, dan termasuk mana-mana penjimat yang digunakan untuk memanaskan air yang disalurkan kepada bejana itu, dan mana-mana pemanas lampau yang digunakan untuk memanaskan stim, dan mana-mana paip dan pepasangan yang bersambung dengannya.
"bejana tekanan berapi" ertinya suatu bejana tertutup di bawah tekanan yang lebih tinggi daripada tekanan atmosfera yang tertakluk kepada pembakaran terus, tetapi tidak termasuk dandang stim.
Berikut adalah beberapa contoh dandang stim dan bejana tekanan berapi yang perlu didaftarkan:1. Alat Penyucihama2. Dandang Stim Elektrik3. Dandang Stim Tiub Air4. Dandang Stim Tiub Api5. Heat Recovery Steam Generator (HRSG)6. Dandang Air Panas7. Thermal Oil Heater A. Pembuatan
Semua dandang stim tempatan hendaklah dibina oleh Firma Yang Kompeten (FYK) yang berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan hanya FYK tersebut sahaja yang bertanggungjawab menghantar permohonan kelulusan rekabentuk tersebut.
Manakala bagi dandang stim yang diimport perlulah dibina oleh pembuat dan disertakan dengan sijil pengesahan rekabentuk oleh Badan Kuasa Memeriksa.
B. UbahsuaiPermohonan bagi kerja-kerja pengubahsuaian hendaklah dikemukakan kepada Ibu Pejabat untuk kelulusan. Kerja-kerja ubahsuai hanya boleh dijalankan oleh Firma Yang Kompeten (FYK) yang berdaftar atau pembuat asal. Pemohon hendaklah menyatakan dengan jelas pada surat permohonan cadangan pengubahsuaian yang ingin dijalankan ke atas dandang stim atau bejana tekanan berapi.
Skop kerja-kerja ubahsuai yang telah ditetapkan Jabatan adalah kerja-kerja yang melibatkan aktiviti memotong, kimpalan, menampung atau meribet bahagian yang terkena aruhan tekanan bendalir selain daripada skop baikpulih seperti berikut:
- tanpa perubahan pada rekabentuk asal yang telah diluluskan Jabatan atau,
- dengan perubahan yang dibenarkan pada rekabentuk asal yang telah diluluskan Jabatan iaitu:
- penggantian bahan pada bahagian yang terkena aruhan tekanan bendalir yang mana tegasan dibenarkan (allowable stress) adalah sama atau lebih besar daripada bahan asal, dengan syarat bahan pengganti itu memenuhi keperluan kod rekabentuk asal jentera. Ketebalan minimum bahan hendaklah sama atau lebih besar dari ketebalan bahan asal.
- penggantian ‘slip-on flange’ dengan ‘weld neck flanges’ atau sebaliknya.
- pemasangan ‘flush patch’ pada bahagian yang terkena aruhan tekanan bendalir.
- penambahan ‘nozzle’ tanpa ‘reinforcement’ yang tidak memerlukan pengiraan rekabentuk berdasarkan kepada keperluan kod rekabentuk asal jentera.
- penambahan ‘reinforcement nozzle’, dengan syarat spesifikasi ‘reinforcement nozzle’ adalah sama dengan salah satu dari rekabentuk ‘reinforcement nozzle’ asal, terletak di bahagian yang sama dan jarak dengan ‘nozzle’ lain hendaklah tidak kurang daripada tiga kali diameter ‘reinforcement nozzle’ tambahan.
- Bagi dandang stim, perubahan dalam susunan tiub dalam dinding relau, penjimat dan pemanas lampau.
- A. Pemohonan
Permohonan bagi Kelulusan rekabentuk Dandang Stim boleh dihantar melalui sistem MySKUD yang boleh diakses melalui System Single Sign On (SSO) di (http://mykkp.dosh.gov.my) > menu MySKUD.
- PANDUAN PERMOHONAN DANDANG STIM IMPORT TERPAKAI
- PANDUAN PERMOHONAN DANDANG STIM PENGUBAHAN (UBAHSUAI DAN PERKADARAN SEMULA) OLEH PENGILANG ASALAN
- PANDUAN PERMOHONAN DANDANG STIM PENGUBAHAN (UBAHSUAI DAN PERKADARAN SEMULA) OLEH ORANG KOMPETEN
- PANDUAN PERMOHONAN DANDANG STIM PENGUBAHAN (UBAHSUAI) PENGILANG ASALAN
- PANDUAN PERMOHONAN DANDANG STIM PENGUBAHAN (UBAHSUAI) ORANG KOMPETEN
- PANDUAN PERMOHONAN DANDANG STIM PENGUBAHAN (PERKADARAN SEMULA)
- PANDUAN PERMOHONAN DANDANG STIM PENGUBAHAN OLEH PENGILANG ASALAN (EKONOMIZER DAN SUPERHEATER)
- PANDUAN PERMOHONAN DANDANG STIM PENGUBAHAN OLEH ORANG KOMPETEN (EKONOMIZER DAN SUPERHEATER)
- PANDUAN PERMOHONAN VERIFIKASI REKA BENTUK DANDANG STIM TEMPATAN
- PANDUAN PERMOHONAN VERIFIKASI REKA BENTUK DANDANG STIM IMPORT
B. Piagam Pelanggan
Permohonan yang dikemukakan berserta dokumen yang lengkap akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
C. Kadar BayaranBIL JENIS PERMOHONAN KADAR BAYARAN 1 Kelulusan rekabentuk dandang stim (mematuhi syarat- syarat piawaian) RM100 2 Kelulusan rekabentuk dandang stim (tidak mematuhi syarat-syarat piawaian) RM150 3 Kelulusan ubahsuai dandang stim No Fee Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Ketua Unit Dandang Stim,
Unit Dandang Stim,
Bahagian Keselamatan Industri,
Aras 3, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PutrajayaTel: +603-88865325
Faks: +603-88892349