doshheaderbm

Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Pendaftaran Tempat Kerja Lain-lain Sektor (TKLS)

  • Premis atau tempat kerja selain daripada sektor pembuatan (kilang) dan pembinaan (tapak bina) juga perlu didaftarkan dengan Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sebagai Tempat Kerja Lain-Lain Sektor (TKLS) sebagaimana penguatkuasaan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 ke atas sektor-sektor yang dinyatakan di dalam Jadual Pertama, Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

    SOALAN LAZIM

    PERTANYAAN LANJUT
    Sila berhubung dengan pejabat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri berkaitan permohonan.  JKKP Staff Direktori 

     

    • Permohonan bagi pendaftaran kilang dan jentera berperakuan adalah secara atas talian (online) melalui mykkp di pautan http://mykkp.dosh.gov.my
    • Log Masuk (ID dan kata laluan) > Kilang Dan Jentera > Tempat Kerja/Kilang > Notifikasi Kerja Bina
    • Rujukan juga boleh dibuat di laman sesawang MyKKP, dengan mengklik klik pada tab PANDUAN > KILANG DAN JENTERA > TEMPAT KERJA KILANG > PENDAFTARAN TEMPAT KERJA LAIN-LAIN SEKTOR atau muat turun Panduan Pendaftaran boleh di sini.
  • 1. Maklumat tempat kerja
    2. Maklumat sektor
    3. Maklumat berkaitan syarikat
    4. Maklumat pekerja
    5. Dokumen sokongan :
    I. Letter Head ATAU Cop Syarikat ATAU Sijil Perniagaan SSM (pembuktian kewujudan syarikat) – Dokumen WAJIB
    II. Lain-lain Dokumen Sokongan – Dokumen TIDAK WAJIB

Cetak Emel