Lain-lain Aktiviti
Selain daripada semua aktiviti utama , Jabatan juga bertanggungjawab untuk:
- Menjadi sekretariat dan memberikan inputkepada Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP);
- Melaksanakan analisis teknikal dan mengenal pasti langkah bagi mengawal hazard keselamatan dan kesihatan di tempat kerja;
- Melaksanakan sukatan peperiksaan dan penilaian serta mengendalikan peperiksaan untuk pengiktirafan Orang Yang Kompeten.
- Membuat kerja pengiktirafan firma dan organisasi berkebolehan;
- Mengenal pasti, menyemak laporan keselamatan dan pelan tindakan kecemasan, serta menjalankan pemeriksaan dan audit ke atas pepasangan bahaya besar dan pepasangan bahaya bukan besar;
- Melaksanakan permonitoran hazard kesihatan di tempat kerja dan;
- Menyemak laporan permonitoran hazard kesihatan oleh Orang Yang Kompeten.