doshheaderbm

Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Kelengkapan Pelindung Diri (KPD)

  • Pendahuluan 
    Kelulusan Kelengkapan Pelindung Diri (KPD) merupakan salah satu kehendak dan keperluan dalam Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Peraturan-peraturan tersebut dapat dirujuk pada Perundangan KPD.
     
    Peraturan-peraturan tersebut telah menetapkan 7 jenis KPD yang memerlukan kelulusan Ketua Inspektor Kilang dan Jentera dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang merangkumi
    1. pelindung kepala
    2. pelindung kaki
    3. pelindung pendengaran
    4. pelindung mata (bahaya kimia)
    5. tangan (bahaya kimia)
    6. pelindung badan (tali keselamatan, tali hayat dan semua alat untuk pemasangan tali hayat)
    7. pelindung badan (bahaya kimia)
    8. pelindung pernafasan(bahaya kimia)

    Keperluan pematuhan ini adalah kepada semua produk KPD yang digunakan di tempat kerja, termasuk produk KPD yang diimport dan buatan tempatan. Untuk mendapatkan kelulusan, semua KPD mesti mempunyai laporan ujian jenis penuh dan lesen pensijilan produk dari Badan Pemeriksa / Persijilan Bebas yang dilantik oleh DOSH iaitu SIRIM Qas International Sdn Bhd.

  • Cara-Cara Membuat Permohonan
    Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui
    http://mykkp.dosh.gov.my/ > log Masuk ke MySKUD >  Pendaftaran Dan Pembaharuan Kelengkapan Pelindung Diri (KPD)
  • Dokumen yang diperlukan
    1. Laporan pengujian yang telah diperakui oleh Badankuasa Bebas Memeriksa / Menguji yang dilantik JKKP.
    2. Lesen Pensijilan Barangan yang telah diperakui oleh Badankuasa Bebas Memeriksa / Menguji yang dilantik JKKP.
    3. Surat lantikan sebagai pengedar/pembuat daripada pembuat asal
  • Sebarang Pertanyaan
    Bahagian Higien Industri & Ergonomik,
    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), 
    Aras 4, Blok D4, Kompleks D, 
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
    62530 Putrajaya.
    Tel : 03 – 8886 5000 / 8886 5334

Cetak Emel