doshheaderbm

Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Kenyataan Media Operasi Selamat Pengguna Eskalator

Putrajaya, 29 Februari 2016 – Susulan daripada beberapa siri kes kemalangan eskalator melibatkan orang awam kebelakangan ini, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) memandang serius terhadap perkara ini. Pihak JKKP telah menjalankan ‘Operasi Selamat Penggunaan Eskalator’ pada 22-25 Februari 2016 bagi mengenalpasti dan memantau tahap pematuhan berkaitan keselamatan penggunaan eskalator di kompleks membeli belah dan pusat tumpuan orang ramai di seluruh Negara.
Operasi ini dijalankan oleh pegawai JKKP bersama-sama pemilik bangunan dan syarikat penyelenggaraan eskalator bagi memeriksa aspek keselamatan yang dipasang memenuhi standard piawaian EN 115-1. Antara aspek keselamatan yang diperiksa adalah seperti ‘emergency stop button’, ‘yellow demarcation line on step’, ‘skirt deflector’ dikedua-dua belah panel, anti-climbing dan lain-lain aspek.
Sebanyak 1,617 jumlah eskalator diperiksa di seluruh Negara sepanjang seminggu operasi dijalankan melibatkan pusat membeli-belah, stesen pengangkutan awam dan pusat tumpuan orang ramai . Hasil operasi mendapati aspek keselamatan pada eskalator mematuhi standard yang ditetapkan. Antara peranti keselamatan yang diperiksa dan peratusan pematuhan seperti ‘emergency stop button’ – 99.4%, skirt switch – 91.0%, skirt deflector – 92.4% dan yellow demarcation line on step – 94.7%. Pihak JKKP telah mengeluarkan 186 Notis Penambahbaikan dan Surat Arahan kepada pemilik premis atau bangunan bagi meningkatkan tahap keselamatan penggunaan eskalator khususnya bagi aspek papantanda, pemagaran dan juga peralatan pencegah memanjat (anti-climbing).
Pihak Jabatan menyarankan agar ibubapa juga memainkan peranan dengan memantau anak-anak mereka semasa menggunakan eskalator dan pihak pemunya premis juga digalakkan untuk memasang tanda amaran tambahan selain daripada memberi peringatan kepada semua pengguna dari masa ke semasa. Selain itu, pihak JKKP akan memperhebatkan promosi dan advokasi keselamatan penggunaan eskalator melalui media-media massa, kempen-kempen di pusat membeli-belah dan berbagai bentuk promosi yang lain-lain.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia Aras 2,3 dan 4, Blok D3, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.
29 Februari 2016

Tags: OSH,, Safety, DOSH

Cetak Emel

Related Articles