doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2013
  • JKKP siasat kejadian
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2013
  • JKKP siasat kejadian

JKKP siasat kejadian

myMetro Online, 18 Januari 2013

Kuala Terengganu: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) negeri sedang menjalankan siasatan berhubung letupan di Kilang Sawit Vila Sutra di Kampung Felcra Bukit Kapah, Hulu Terengganu, yang mengorbankan empat pekerja, Selasa lalu.

Pengarahnya Kormain Mohd Noor berkata, siasatan oleh enam anggota forensik JKKP dari Putrajaya akan dijalankan selama tiga hari bermula kelmarin bagi mengetahui punca jentera penyuci hama itu meletup.

“Kami sudah memberi notis larangan serta-merta mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 kepada pemilik kilang itu untuk membolehkan pasukan forensik JKKP menjalankan siasatan di kawasan letupan.

“Buat sementara ini kami masih mengkaji punca letupan dan cara kerja di kilang itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Beliau berkata, selepas siasatan selesai, pemilik kilang boleh membuat kerja pembaikan dan menyerahkan surat kepada pihaknya sebelum diputuskan sama ada operasi kilang itu dapat diteruskan atau tidak.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Toh Chin Yaw ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

Cetak Emel