doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2013
  • Runtuh: Jambatan Kedua Pulau Pinang mungkin siap lebih lambat
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2013
  • Runtuh: Jambatan Kedua Pulau Pinang mungkin siap lebih lambat

Runtuh: Jambatan Kedua Pulau Pinang mungkin siap lebih lambat

Berita Harian Online, 13 Jun 2013


GEORGETOWN: Jambatan Kedua Pulau Pinang bernilai RM4.3 bilion itu mungkin disiapkan lebih lambat daripada yang dijadualkan susulan kejadian tanjakan runtuh Khamis lalu, namun Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), berkata mereka akan berusaha mengikut jadual.

Pengarah Pembinaan JKSB, Mohd Ashari Alias, berkata pihaknya kehilangan masa kerja berikutan pemberhentian kerja-kerja pembinaan selepas lokasi kejadian diserah kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh) untuk tujuan siasatan.

Kerja-kerja siasatan itu dijangka mengambil masa sebulan dan kami hanya boleh menyambung semula kerja selepas siasatan selesai, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Jambatan sepanjang 24 kilometer dengan 16.9 km daripadanya berada di atas permukaan air dijadual siap pada September ini, namun kini mungkin lewat selama dua bulan kepada November.

Mengulas lanjut, beliau berkata walaupun kejadian itu membabitkan Tanjakan Dua yang menghubungkan Batu Maung ke jambatan, namun kerja di tiga lagi tanjakan turut dihentikan.

Jelas beliau tiga lagi tanjakan ialah Tanjakan Satu yang menghubungkan jambatan dengan George Town, Tanjakan Tiga (jambatan ke Batu Maung) dan Tanjakan Empat (George Town ke jambatan).

JKSB adalah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan dan ditubuhkan pada 9 Julai 2008 bagi membina, mengurus, mengoperasi dan menyelenggara jambatan itu yang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dengan Batu Maung di bahagian pulau, Pulau Pinang.
- BERNAMA

Cetak Emel