doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2013
  • Kertas siasatan Jambatan Kedua diserah minggu ini
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2013
  • Kertas siasatan Jambatan Kedua diserah minggu ini

Kertas siasatan Jambatan Kedua diserah minggu ini

Utusan Online, 1 Julai 2013

PERMATANG PAUH 1 Julai - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) sedang dalam proses terakhir menyiapkan kertas siasatan berhubung kejadian runtuhan tanjakan penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh pada 6 Jun lalu sebelum diserahkan kepada penasihat undang-undang.

Pengarah DOSH Pulau Pinang, Mohd. Anuar Embi berkata, pihaknya akan menghantar kertas siasatan itu selewat-lewatnya hujung minggu ini sebelum menunggu keputusan penasihat undang-undang sama ada untuk mendakwa atau tidak pihak yang terlibat dalam kejadian itu di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 sekiranya wujud unsur-unsur kecuaian.

Menurutnya, kertas siasatan itu juga akan diserahkan kepada Menteri Sumber Manusia untuk tindakan lanjut namun ia tidak akan didedahkan kepada umum.

"JKKP Pulau Pinang kini dalam proses akhir untuk menyiapkan kertas siasatan ebelum diserahkan kepada penasihat undang-undang yang akan membuat keputusan sama ada mendakwa atau tidak pihak yang terlibat.

"Kertas siasatan yang akan diserahkan kepada menteri namun ia tidak akan didedahkan kepada umum kerana ini adalah satu siasatan dan bukannya inkuiri awam," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pusat Konvensyen Sunway, Seberang Jaya di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Persidangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan anjuran Persatuan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Utara (NRG-SHE) yang turut dihadiri Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Perkeso, Datuk Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Presiden NRG-SHE, Anuar Saidin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 petang 6 Jun lalu, seorang bekas anggota polis, Tajudin Zainal Abidin, 45, maut setelah keretanya dihempap runtuhan seberat 300 tan selain mencederakan tiga yang lain. - UTUSAN ONLINE

Cetak Emel