doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2013
  • Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2013 di Kuching Ahad ini
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2013
  • Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2013 di Kuching Ahad ini

Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2013 di Kuching Ahad ini

The Borneo Post Online, 4 July 2013

PUTRAJAYA: Dalam menuju negara maju berpendapatan tinggi, Malaysia memerlukan tenaga kerja yang mahir dan produktif, sentiasa berfikiran di luar kotak dan sanggup meneroka pasaran baharu.

Bagi menjayakan matlamat itu, kerajaan serta majikan membuat pelaburan yang tinggi agar dapat melahirkan pekerja seumpama itu.

Bagaimanapun misi itu sukar dicapai jika ramai pekerja ditimpa kemalangan semasa bekerja, mengalami penyakit akibat pekerjaan dilakukan selain ditimpa kemalangan sama ada semasa pergi atau pulang dari kerja.

Statistik Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menunjukkan pada tahun lepas, kadar kemalangan di tempat kerja adalah 3.31 peratus/1,000 pekerja, menurun berbanding 3.4 peratus/1,000 pekerja yang dicatatkan pada 2011.

Kadar kemalangan maut di tempat kerja pada 2012 pula 4.64 peratus/100,000 pekerja berbanding 6.17 peratus/100,000 pekerja pada 2011.

Ketua Pengarah JKKP Datuk Dr Johari Basri berkata sehubungan itu sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2013 peringkat kebangsaan yang akan dilancarkan Ahad ini diharap mampu menimbulkan kesedaran dan kefahaman majikan dan pekerja mengenai kepentingan menitikberatkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

“Sambutan tahun ini akan diadakan di pekarangan Kuching Waterfront, Sarawak bertemakan ‘Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pemangkin Transformasi Negara’.

“Ia dijangka dirasmikan Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot,” katanya dalam temu bual dengan Bernama di sini.

Beliau berkata kempen keselamatan dan kesihatan pekerjaan mula dianjurkan sejak 1994, manakala pada 24 Mei 2006, ia disambut buat pertama kali pada minggu kedua Julai selepas diarahkan kabinet. — Bernama

Cetak Emel