doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2013
  • Majikan perlu utamakan aspek keselamatan pekerja
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2013
  • Majikan perlu utamakan aspek keselamatan pekerja

Majikan perlu utamakan aspek keselamatan pekerja

The Borneo Post Online, 10 July 2013

KANGAR: Para majikan perlu mengutamakan persekitaran kerja yang kondusif serta menyediakan infrastruktur yang mengambil kira aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan kakitangan bagi mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Datuk Ir Dr Johari Basri berkata kemalangan di tempat kerja bukan sahaja membawa implikasi dan imej yang buruk kepada organisasi tetapi juga kepada negara yang menanggung kos yang besar untuk merawat mangsa kemalangan.

Berucap merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Industri Kecil dan Sederhana (IKS) peringkat negeri Perlis di sini semalam, beliau berkata selain kos rawatan, sektor industi akan kehilangan tenaga pekerja jika berlaku kemalangan manakala pampasan kepada keluarga juga perlu dikeluarkan selain kemungkinan menghadapi tindakan saman.

Johari berkata berdasarkan data Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), sebanyak 61,552 kemalangan di tempat kerja dilaporkan berlaku pada tahun 2012, meningkat 2.76 peratus berbanding tahun 2011 membabitkan 59,897 kemalangan.

Bagi tempoh suku pertama tahun ini sebanyak 8,343 kemalangan dilaporkan termasuk 2,161 dari sektor pembuatan dan pengilangan, katanya pada seminar anjuran bersama Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri.

Johari berkata selain modal insan, penggunaan mesin dan proses kerja yang canggih dan berteknologi tinggi perlu diberikan perhatian khusus oleh majikan kerana ia secara langsung akan merubah cara dan corak bekerja yang mendedahkan mereka kepada risiko pekerjaan yang baharu. — Bernama

Cetak Emel