doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2014
  • 180 Lif di Lembah Klang tidak selamat, tiada CF
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2014
  • 180 Lif di Lembah Klang tidak selamat, tiada CF

180 Lif di Lembah Klang tidak selamat, tiada CF

Berita Harian, 23 Januari 2014


Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) mengesah 180 lif di Lembah Klang, tidak selamat digunakan kerana tidak memiliki Sijil Perakuan Kelayakan (CF).

Walaupun jumlah itu dilihat Kecil berbanding 18,000 lif berdaftar di seluruh negara, risiko keselamatan akibat menggunakan lif yang tidak selamat boleh membawa maut.

Lif berkenaan dipasang di pangsapuri, pusat beli-belah, lot kedai, hotel dan pejabat di negara ini didapati tidak mematuhi Peraturan-Peraturan (Lif Elektrik Penumpang-Penumpang dan Barang-Barang) Kilang dan Jentera 1970.

Pengarah JKKP Wilawah Persekutuan Kuala LUmpur dan Putrajaya, Abdul Kahar Husain, berkata antara punca lif tidak selamat digunakan adalah penyelenggaraan tidak berkualiti, penggunaan lif tidak betul dan tidak memperbaharui CF.

Katanya, pihaknya menerima dua kes berhubung tindakan Badan Pengurusan Bangunan (JMB) mengupah kontraktor haram bagi menyelenggara dan memperbaiki lif berikutan kekurangan peruntukan kewangan.

"Faktor peruntukan kewangan tidak mencukupi berpunca daripada tiada sikap kerjasama penghuni kediaman bangunan tinggi untuk membayar kos penyelenggaraan yang ditetapkan secara bulanan.

Kurang kesedaran pematuhan

"Selain itu, kecuaian atau sengaja melengahkan pembaharuan CF lif kerana kurang kesedaran pematuhan ke atas keperluan undang-undang," katanya ketika ditemui BH, di pejabatnya,  di sini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemilik bangunan bertanggungjawab melantik firma yang berdaftar dengan JKKP bagi menyelenggara lif dengan kontraktor perjanjian sekurang-kurangnya 12 bulan.

"Penyelenggaraan lif setiap bulan perlu dilakukan oleh juruteknik syarikat penyelenggaraan lif yang dilantik, manakala pemeriksaan setiap 15 bulan oleh Orang Yang Kompeten (OYK) dan JKKP bagi memperbaharui CF.

"JKKP ada mengeluarkan arahan baru seperti mewajibkan pemasangan Emergency Battery Operated Power Supplt (EBOPS) dan 'car door looking device'bagi meningkatkan tahap keselamatan lif," katanya.

Cetak Emel