doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2014
  • Nyaris maut kereta dihempap besi
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2014
  • Nyaris maut kereta dihempap besi

Nyaris maut kereta dihempap besi

Sinar Harian Online, 26 Jun 2014

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu kereta lelaki dan penumpang wanita nyaris maut apabila beberapa batang besi di tapak pembinaan LRT di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala ke Lebuhraya Persekutuan menghempap kereta yang dinaiki mereka, hari ini.
   
Dalam kejadian 9 pagi, besi itu terlepas dari mesin pengangkut semasa kerja mengangkat batang besi dijalankan dan terkena kenderaan mangsa jenis Honda Civic.   
    
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata siasatan awal mendapati beberapa besi daripada tiang 88 projek LRT terbabit terjatuh dan menimpa kenderaan mangsa.
    
"Selepas dihempap besi, sebuah lagi kenderaan iaitu van jenis Nissan Vanette dari arah belakang turut merempuh kereta yang dipandu mangsa, bagaimanapun pemandu van tidak cedera.
    
Kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Sime Darby Medical Centre untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
    
Sementara itu, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata kontraktor pembinaan LRT berkenaan perlu bertanggungjawab atas kejadian yang menimpa pengguna jalan raya itu.
    
"Masanya telah tiba bagi pengendali pengangkutan LRT agar memberi perhatian yang lebih terhadap sikap kontraktor mereka dan supaya kontraktor memastikan pengawasan yang betul untuk semua tugasan di tapak kerja," katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama

Cetak Emel