doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2014
  • Tak ikut piawaian keselamatan
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2014
  • Tak ikut piawaian keselamatan

Tak ikut piawaian keselamatan

Sinar Harian Online, 5 Julai 2014

news 05072014 1
Keadaan kayu dan besi dibiarkan berselerek di kawasan laluan pelajar tanpa diurus dengan baik dan kemas oleh pekerja.
news 05072014 2
Bumbung kantin sekolah sedang dalam proses penukaran.

PORT DICKSON – Kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja penukaran struktur telulang keluli bumbung dan atap di Sekolah Menengah Tinggi Port Dickson diarah supaya memberhentikan kerja-kerja itu serta merta.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Ahmad Kahar Abu Bakar berkata, arahan itu dikeluarkan berikutan hasil siasatan mendapati, kerja-kerja dilakukan kontraktor terbabit tidak menepati prosedur tahap keselamatan yang ditetapkan oleh DOSH.

Katanya, kerja-kerja penukaran membabitkan struktur telulang keluli bumbung dan atap blok Perdana dan blok kantin serta pendawaian di sekolah terbabit.

"Hasil siasatan kita mendapati, kerja pengurusan bahan binaan tidak dilakukan dengan kemas, selain pekerja tidak memakai alat keselamatan atau perlindungan ketika melakukan kerja penukaran struktur bumbung bangunan tiga tingkat.

"Malah cara penyelenggaraan kerja didapati berisiko, sekali gus mendatangkan bahaya kepada murid dan guru di sekolah berkenaan," katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad Kahar berkata, arahan pemberhentian kerja ini akan berlanjutan sehingga pihak kontraktor mengemukakan prosedur kerja yang selamat serta menepati garis panduan DOSH.

"Kita menerima aduan mengenai kecuaian dalam kerja-kerja penukaran bumbung di sekolah ini, kelmarin, dan siasatan lanjut akan diteruskan untuk tindakan undang-undang,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Datuk Kalsom Khalid berkata, kerja-kerja penukaran itu adalah projek di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membaik pulih struktur lama.

“Kita menyambut baik arahan yang diputuskan oleh DOSH kerana keselamatan pelajar dan guru adalah menjadi keutamaan,” katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan, sepanjang kerja-kerja terbabit dilakukan, semua pelajar telah dipindahkan sementara ke kelas lain.

Cetak Emel