doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2014
  • Azhar letak jawatan Ketua Pegawai Eksekutif MRT
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2014
  • Azhar letak jawatan Ketua Pegawai Eksekutif MRT

Azhar letak jawatan Ketua Pegawai Eksekutif MRT

Utusan Online, 19 Ogos 2014

news. 19082014 ou

KUALA LUMPUR 19 Ogos Tidak sampai 24 jam selepas kejadian konkrit landasan projek MRT di Kota Damansara di sini runtuh malam tadi yang mengorbankan tiga nyawa, Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.), Datuk Azhar Abdul Hamid (gambar) hari ini meng umumkan peletakan jawatannya.

MRT Corp .memberitahu, Azhar meletakkan jawatan kerana berpendapat MRT Corp. perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kemalangan yang mengakibatkan kematian tiga pekerjanya.

"Sebagai ketua MRT Corp, saya mengambil sepenuhnya tanggungjawab terhadap insiden tersebut dan ini adalah perkara betul untuk dilakukan. Saya telah memaklumkan kepada Pengerusi MRT Corp, Tan Sri Dr. Ali Hamsa mengenai keputusan saya," kata Azhar dalam kenyataan itu yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut Azhar, beliau berasa amat sedih di atas kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa itu.

"MRT Corp. serta pihak berkuasa berkaitan akan menyiasat dan mengenal pasti punca kemalangan itu. Saya berharap kelemahan yang dikenal pasti nanti akan diperbetulkan," katanya.

Azhar telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp pada 1 September 2011 selepas kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah syarikat untuk mengambil alih pemilikan dan pembangunan projek MRT Lembah Klang daripada Syarikat Prasarana Negara Berhad.

Semasa terajunya, Azhar telah memperkenalkan konsep yang membenarkan tanah milik persendirian untuk wujud bersama jajaran MRT dan perkara itu telah membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion dalam urusan pampasan pengambilan tanah.

Menurut kenyataan itu, Azhar amat menitik beratkan soal keselamatan di tapak pembinaan dan telah memperkenalkan Sistem Pemantauan Prestasi Kontraktor (Conpas) yang memberi penekanan terhadap aspek keselamatan, kesihatan dan alam sekitar.

Cetak Emel