doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2014
  • JKKP siasat kemalangan projek MRT
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2014
  • JKKP siasat kemalangan projek MRT

JKKP siasat kemalangan projek MRT

MyMetro Online, 26 Ogos 2014

Kuala Lumpur: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kemalangan di tapak projek Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara, minggu lalu dan tindakan lanjut akan diambil selepas kertas siasatan lengkap.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata, tindakan itu akan tertakluk di bawah bidang kuasa JKKP dan jika terbukti berlaku kecuaian atau kelemahan dari aspek teknikal binaan, tindakan lanjut akan diambil.

"Siasatan itu akan merangkumi pelbagai aspek termasuk aspek teknikal contohnya daripada struktur binaan atau sebarang punca yang mengakibatkan kemalangan berkenaan.

"Apapun, kita perlu tunggu siasatan JKKP selesai dan melihat punca kemalangan itu berlaku," katanya selepas melawat tapak projek Naik Taraf Hospital Kuala Lumpur, di sini, sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung siasatan itu dan menyerahkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

 Oleh Muhammad Saufi Hassan

Cetak Emel