doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2015
  • Lelaki maut tersepit alat transformer - BH Online
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2015
  • Lelaki maut tersepit alat transformer - BH Online

Lelaki maut tersepit alat transformer - BH Online

BH Online, 6 Januari 2015

KOTA BHARU: Seorang pekerja syarikat elektrik maut akibat tersepit di bawah alat ubah arus elekrik (transformer) ketika mengganti alat berkenaan di Jalan Che Su di sini, hari ini.

Kejadian itu berlaku kira-kira 6 pagi ketika Shahril Zaim Shamsuddin, 24, melakukan kerja itu bersama enam pekerja lain.

Rakan mangsa, Mohamad Zaid, 40, berkata ketika itu dia bersama mangsa sedang melakukan kerja pemasangan terakhir namun alat itu tiba-tiba tergelincir, menyebabkan mangsa tersepit.

"Kami cuba menyelamatkan mangsa, tetapi tidak berdaya disebabkan mesin itu berat. Dia mengalami kecederaan parah di kepala selepas mesin itu terkena betul-betul di bahagian kepalanya.

"Dia baru sahaja bekerja tidak sampai sebulan...kami masih belum kenal rapat...tidak sangka kejadian itu menyebabkan kematiannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. - BERNAMA

 

news 06012015 bh
Tempat mangsa dihempap transformer elektrik ketika bekerja di Jalan Che Su, Kota Bharu.- Foto Owee Ah Chun.

Cetak Emel