doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2015
  • Kemalangan 
industri meningkat Semua pihak berkaitan pekerja diberi peringatan - Utusan Online
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2015
  • Kemalangan 
industri meningkat Semua pihak berkaitan pekerja diberi peringatan - Utusan Online

Kemalangan 
industri meningkat Semua pihak berkaitan pekerja diberi peringatan - Utusan Online

Utusan Online, 17 Ogos 2015

news uo 170815

RICHARD RIOT JAEM memukul gong sambil diperhatikan oleh Mohd. Gazali Abas (dua dari kiri) dan Lee Lam Thye (dua dari kanan) sebagai gimik perasmian Persidangan dan Pameran Borneo Dalam Keselamatan dan Kesihatan Ke-4 di Kuching, Sarawak, semalam.

KUCHING 17 Ogos - Semua pihak berkepentingan dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) di negara ini diseru bersama-sama mengurangkan kemalangan industri yang menunjukkan peningkatan sepanjang tahun ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, peningkatan tersebut perlu diberi perhatian meskipun kemalangan industri sejak lima tahun lalu direkod menunjukkan penurunan.

Katanya, kemalangan industri pada 2010 adalah sebanyak 35,603 kes dan menunjukkan penurunan kepada 35,309 kes pada tahun 2014.

“Namun, mengikut statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), sebanyak 2,942 kemalangan industri berlaku pada Januari lalu, seterusnya meningkat kepada 4,325 kes pada Februari, Mac (8,173 kes) dan April (11,147 kes).

“Justeru itu, pengurangan kejadian kemalangan industri adalah penting kerana soal keselamatan tempat kerja akan dapat menarik lebih banyak pelaburan asing ke negara ini,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan dan Pameran Borneo Dalam OSH Keempat (BOSH) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia, Dr. Mohd. Gazali Abas; Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye dan Pengarah Eksekutif NIOSH, Ir. Rosli Hussin.

Kira-kira 500 delegasi dari seluruh negara hadir ke persidangan dwitahunan itu yang menjadi platform kepada profesional OSH untuk berkongsi dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran OSH dengan perubahan semasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hal itu kerana pelabur-pelabur asing lebih senang untuk melabur di negara yang kurang kemalangan industri agar mereka dapat memaksimumkan pelaburan dan mengurangkan kos operasi.

“Saya berharap agar input diperoleh daripada persidangan ini akan meningkatkan lagi keselamatan di tempat kerja yang pasti memanfaatkan majikan dan pekerja.

“Idea-idea baharu dan kertas kerja dapat dihasilkan yang akan menyumbang dalam mengatur strategi pengurusan OSH bagi mengurangkan kemalangan industri dan meningkatkan produktiviti,” jelasnya.

 

 

Cetak Emel