doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2015
  • Kurangkan nahas di tempat kerja - Harian Metro Online
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2015
  • Kurangkan nahas di tempat kerja - Harian Metro Online

Kurangkan nahas di tempat kerja - Harian Metro Online

Harian Metro Online, 06 Oktober 2015

 

Putrajaya: Kadar kemalangan di tempah kerja disasarkan dapat dikurangkan pada nisbah 2.58 kes bagi setiap 1,000 pekerja tahun depan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot.

Beliau berkata, sasaran itu ditetapkan berikutan kejayaan negara mencapai kadar kemalangan tiga kes bagi setiap 1,000 pekerja tahun ini dan meletakkan negara pada landasan tepat untuk mencapai piawaian dunia iaitu dua kes bagi setiap 1,000 pekerja.

“Komitmen kerajaan menitikberatkan konsep keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) di tempat kerja akan meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa dan menambah keyakinan syarikat terhadap aspek perburuhan di negara ini.

“Saya percaya penurunan nisbah ini hasil komitmen kerajaan, majikan dan pekerja melaksanakan pelbagai inisiatif memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat, sekali gus untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja,” katanya selepas menghadiri Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH) ke-18 di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye.

Riot berkata, berbanding 2004, 5.84 kes kemalangan di tempat kerja berlaku bagi setiap 1,000 pekerja, namun menurun kepada 3.1 kes bagi setiap 1,000 pekerja pada tahun lalu.

Sementara itu, Lam Thye berkata, majikan dan pekerja di negara ini semakin sedar mengenai kepentingan mengamalkan konsep OSH di tempat kerja.

“Justeru, saya yakin jumlah kes laporan kemalangan di tempat kerja sepanjang tahun ini terus menurun sehingga hujung tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, Dusuki memberitahu, dalam satu perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kemaman baru-baru ini, seorang majikan didapati bersalah kerana menyebabkan kematian pekerjanya yang terjatuh dari perancah ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan paip pada 8 Julai dua tahun lalu.

Sehubungan itu, katanya, majikan tersebut didenda RM30,000 atau 15 bulan penjara kerana gagal menimbulkan prima facie atau bukti munasabah terhadap pertuduhan tersebut.

 

 

Cetak Emel