doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2016
  • Pekerja Indonesia maut bangunan dalam pembinaan runtuh
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2016
  • Pekerja Indonesia maut bangunan dalam pembinaan runtuh

Pekerja Indonesia maut bangunan dalam pembinaan runtuh

Berita Harian Online, 09 Ogos 2016

BUTTERWORTH: Sebuah bangunan dalam pembinaan di Jalan New Ferry, di sini, runtuh pagi tadi menyebabkan seorang pekerja warga Indonesia maut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata 11 anggotanya dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 7.22 pagi.

Katanya, kerja menyelamatkan mangsa dijalankan selain memastikan kawasan runtuhan dalam keadaan selamat dan tiada ancaman bahaya lain.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan," katanya. Operasi menyelamat terbabit turut mendapat bantuan polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Cetak Emel