doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2016
  • 20 kontraktor, 100 buruh asing dikenakan denda. - Sinar Harian Online
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2016
  • 20 kontraktor, 100 buruh asing dikenakan denda. - Sinar Harian Online

20 kontraktor, 100 buruh asing dikenakan denda. - Sinar Harian Online

Sinar Harian Online, 13 Oktober 2016

news sho 131016

Seramai 300 warga asing telah diperiksa dalam satu Operasi Bersama Agensi yang diketuai CIDB tapak pembinaan taman tema 21th Century Fox, Genting Higlands di sini, hari ini.

 

GENTING HIGHLANDS - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Pahang telah mengenakan kompaun terhadap 20 kontraktor asing dan 100 buruh asing yang tidak memiliki kad pendaftaran personel binaan (kad hijau) untuk bekerja dalam sektor pembinaan pada satu Operasi Bersama Agensi di tapak pembinaan taman tema 21th Century Fox, Genting Higlands di sini, hari ini.

Pengarahnya, Rozaiman Hassan berkata operasi yang disertai lima agensi tempatan turut memeriksa seramai 300 pekerja asing lain dan ramai yang cuba untuk melarikan diri namun gagal atas tindakan pantas pihak berkuasa.

Menurutnya, 100 pekerja yang telah dikenalpasti, 14 orang daripada jumlah yang ditahan itu memilki kad personel binaan yang telah tamat tempoh serta empat orang memiliki kad palsu.

 “Hasil operasi yang dijalankan,  20 daripada kira-kira 300 kontraktor tapak pembinaan berkenaan juga didapati tidak bendaftar dengan CIDB dan dikenakan tindakan kompaun maksimum RM50,000 dibawah Seksyen 25 (1) Akta 520 CIDB.

“Bagi pekerja binaan yang tidak mempunyai kad hijau kita akan mengenakan kompaun sebanyak RM5,000 mengikut Seksyen 33 (4) Akta 520.

“Kepada mereka yang memiliki kad hijau tetapi telah tamat tempoh kita bagi masa untuk mereka buat pembaharuan kad mereka semula manakala kepada mereka yang mempunyai kad palsu, kita akan ambil tindakan tegas dengan membuat laporan polis,”katanya dalam sidang media selepas tamat operasi di sini.

Operasi mengejut diketuai CIDB itu membabitkan 80 penguatkuasa Jabatan Imegresen, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Kesihatan dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Rozaiman berkata, dalam operasi berkenaan pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas 300 pekerja binaan asing di tapak taman tema bernilai RM5 bilion yang mula dibina pada 2015 itu.

"Kita akan melakukan operasi ini secara berterusan dan kita mengingatkan kepada semua kontraktor dan pekerja tapak binaan supaya mematuhi peraturan ditetapkan," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah JKKP negeri, Rosnizawati Baharom berkata, dalam operasi berkenaan pihaknya telah mengeluarkan dua notis iaitu larangan penggunaan perancah di satu kawasan dan notis pembaikan kekemasan.

“Secara keseluruhan, pekerja tapak pembinaan berkenaan mematuhi peraturan keselamatan ditetapkan khususnya dari segi pemakaian keselamatan selain menara kren yang mempunyai sijil yang sah.

 

Cetak Emel