doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2017
  • Salah etika guna eskalator boleh timbul nahas.
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2017
  • Salah etika guna eskalator boleh timbul nahas.

Salah etika guna eskalator boleh timbul nahas.

Berita Harian Online, 07 Mac 2017

 

PETALING JAYA: Gagal mematuhi etika penggunaan eskalator menjadi punca kemalangan ketika menggunakan kemudahan itu.

Pengurusan Sunway Pyramid dalam satu kenyataan hari ini berkata sebelum kejadian yang menyebabkan seorang wanita cedera kelmarin, pihaknya mendapati kemudahan itu sering disalah guna seperti membawa kereta sorong bayi melalui tangga bergerak itu.

"Kami percayai kegagalan mematuhi etika ketika menggunakan eskalator antara punca yang memburukkan lagi keadaan tangga bergerak itu sehingga wujud masalah teknikal," kata kenyataan itu

Dalam kejadian kelmarin, seorang wanita berusia 20 tahun cedera di kaki kanannya selepas tercucuk besi eskalator yang tiba-tiba terkeluar di pusat beli belah berkenaan.

Kejadian jam 4 petang ketika mangsa yang sedang menaiki tangga bergerak itu tiba-tiba terjatuh selepas kakinya tercucuk besi berkenaan.

Sunway Pyramid berkata pihaknya masih menyiasat kejadian itu bersama syarikat penyenggara eskalator dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Menurut kenyataan itu, mangsa yang cedera kini sedang dirawat di sebuah hospital berhampiran pusat beli belah berkenaan dan kini berada dalam keadaan stabil.

"Sunway Pyramid memberi jaminan semua eskalator dalam pusat beli belah ini mematuhi semua jadual penyelenggaraan kerana keselamatan pengunjung adalah keutamaan kami," katanya.

 

Cetak Emel