doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2017
  • 143 eskalator di Johor sudah berusia - Sinar Harian Online
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2017
  • 143 eskalator di Johor sudah berusia - Sinar Harian Online

143 eskalator di Johor sudah berusia - Sinar Harian Online

Sinar Harian Online, 20 Julai 2017

 

news bho 210717

 Kormain menunjukkan kepingan sesikat pada eskalator di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru yang melebihi jarak 4mm ditetapkan

JOHOR BAHRU – Pemeriksaan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) negeri Johor mendapati 15 peratus daripada keseluruhan 949 unit eskalator yang terdapat di negeri ini merupakan eskalator lama.Pengarahnya, Kormain Mohd Noor berkata, pemeriksaan mendapati beberapa bahagian pada eskalator yang diperiksa berisiko tinggi kepada pengguna antaranya kepingan sesikat, anak tangga dan panel pengadang tidak menepati spesifikasi jarak reka bentuk ditetapkan.“Secara
keseluruhan terdapat 949 unit eskalator yang berdaftar di bawah DOSH bagi tahun 2017 dan 15 peratus daripadanya adalah unit yang lama iaitu kira-kira 143 eskalator.

“Kita mengeluarkan arahan unit yang berisiko dibaiki dalam kadar segera kerana kegagalan menepati spesifikasi berkenaan boleh mengakibatkan kemalangan kepada pengguna,” katanya.Kormain berkata, pihaknya turut mengarahkan kesemua pemilik atau pihak pengurusan bangunan yang memiliki eskalator menghantar laporan pemeriksaan keselamatan oleh firma bertauliah.“Pemilik atau pengurusan premis perlu melantik firma yang bertauliah bagi melakukan pemeriksaan kesemua unit eskalator mereka secara berkala tiga bulan sekali.“Pemeriksaan itu juga mesti dilakukan kakitangan bertauliah dan laporan perlu diserahkan kepada pemilik premis dan DOSH. Pemilik premis perlu mengambil tindakan lanjut sekiranya terdapat unit yang perlu diganti atau ditambahbaikkan,” katanya.

Kormain berkata, terdapat 18 firma bertauliah yang beroperasi di negeri ini berdaftar di bawah DOSH dan pihaknya turut menjalankan pemeriksaan terhadap unit-unit eskalator setiap 15 bulan sekali.Dalam pada itu katanya, siasatan lanjut insiden kemalangan eskalator di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru membabitkan seorang kanak-kanak lelaki awal bulan lalu, masih dijalankan.“Pemeriksaan awal kita dapati jarak di antara anak tangga dan kepingan sesikat pada eskalator melebihi jarak empat millimeter (mm) ditetapkan.

“Kemungkinan juga kemalangan berlaku disebabkan eskalator itu haus dan lusuh. Kita memberi notis kepada pemilik premis supaya tindakan segera diambil dan empat unit eskalator di kompleks itu turut ditutup sehingga kerja-kerja pembaikan dijalankan,” katanya.Beliau turut menasihatkan orang ramai dan pengunjung kompleks lebih berhati-hati serta menggunakan kemudahan eskalator secara berhemah bagi memastikan tidak berlaku kemalangan.

Cetak Emel