Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2017
  • 64 pekerja IKS Terengganu diiktiraf sebagai OSH-C - Utusan Online
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2017
  • 64 pekerja IKS Terengganu diiktiraf sebagai OSH-C - Utusan Online

64 pekerja IKS Terengganu diiktiraf sebagai OSH-C - Utusan Online

Utusan Online, 31 Oktober 2017

 

 

news uo 311017

 Majahar bersama tenaga pembimbing dan para peserta yang menerima sijil OSH-C dalam majlis di Kuala Terengganu hari ini.-UTUSAN

 

KUALA TERENGGANU 31 Okt. -Seramai 64 orang kalangan pekerja industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri ini melayakkan diri mereka untuk dilantik sebagai Koordinator Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH-C).

Mereka adalah daripada lebih 70 orang yang dilatih oleh Seksyen Industri Kecil & Sederhana, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Terengganu (JKKP) sepanjang tahun ini.

 Sijil pengiktirafan sebagai OSH-C setelah mereka berjaya melengkapkan tiga siri latihan itu disampaikan oleh Pengarah JKKP, Ir. Dr. Majahar Abdul Rahman dalam majlis yang diadakan serentak dengan Dialog IKS Negeri Terengganu 2017 di sini hari ini.

 Sepanjang latihan, mereka yang bertugas di 54 buah kilang itu mengikuti tiga  modul Latihan ’OSH-C’ termasuk Asas Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di IKS dan Pengenalpastian Bahaya, Penilaian Risiko dan Langkah Kawalan (HIRARC).

Menurut Majahar, program latihan OSH-C telah dijalankan di seluruh negara secara percuma ini adalah khas bagi para pekerja IKS agar dapat melahirkan sekurang-kurang seorang orang kompeten bagi menguruskan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

"Pihak jabatan amat serius di dalam usaha meningkatkan tahap pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di IKS bagi memastikan kadar kemalangan dan penyakit pekerjaan dapat dikurangkan dari masa ke semasa,"ujarnya. -UTUSAN ONLINE.

 

Cetak Emel