Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2018
  • JKKP sasar penurunan 2 peratus kadar kemalangan - Harian Metro
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2018
  • JKKP sasar penurunan 2 peratus kadar kemalangan - Harian Metro

JKKP sasar penurunan 2 peratus kadar kemalangan - Harian Metro

SEREMBAN - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menyasarkan penurunan dua peratus kadar kemalangan di tempat kerja bagi mencapai nisbah 2.64 bagi setiap 1,000 pekerja tahun ini.

Ketua Pengarah JKKP, Ir Omar Mat Piah berkata, pelbagai usaha dilakukan bagi mencapai matlamat berkenaan seperti melakukan pemeriksaan mengejut, mengadakan seminar dan mengambil tindakan kepada pemilik premis yang tidak mematuhi piawaian keselamatan ditetapkan.


“Tahun lalu, nisbah kemalangan di tempat kerja direkodkan 2.93 bagi setiap 1,000 pekerja, manakala bagi kadar kemalangan maut kita menyasarkan 4.56 bagi 100,000 pekerja berbanding 4.90 bagi setiap 100,000 pekerja tahun lalu.

 

“Kita berharap dengan pelbagai usaha dilakukan, kita dapat mencapai matlamat itu sekali gus memastikan persekitaran kerja lebih selamat dapat diwujudkan,” katanya selepas merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSH) 2018 di sebuah hotel, di sini, semalam.

 

Hadir sama, Pengarah JKKP negeri, Izani Mohd Zain dan Pengerusi Majlis Perhubungan Industri Negeri Sembilan, Paul Valluan. Omar berkata, sebanyak 270,000 premis diperiksa pihaknya tahun lalu membabitkan 23,000 notis kesalahan dikeluarkan dan 324 majikan didakwa di mahkamah. “Sejak awal tahun sehingga Jun tahun ini, sebanyak 100,000 premis diperiksa selain 15,750 notis kesalahan dikeluarkan dan 133 majikan didakwa. “Kebanyakan kes yang berlaku membabitkan sektor perkilangan dan kita harapkan majikan memandang serius perkara ini dengan menekankan aspek keselamatan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Cetak Emel